Wednesday, 13 January 2016

Puding Betik

Akhirnya siap juga puding betik ni...Sedap dimakan ketika sejuk.

Resepi

2 biji buah betik yang masak ranum
150 gm mentega(kurangkan)
1/2 tin susu cair
1 bungkus serbuk agar-agar ~ 12 gm
750 ml air
2 sudu makan tepung kastard
2 biji telur
200 gm gula ~ ikut kemanisan masing-masing
200 gm isi betik ~ di dadu
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Buah betik, di kupas kulitnya dan di belah 2
Buang bijinya dan korek sedikit isinya supaya lubang tengahnya sedikit besar untuk di letakkan puding. Lebihan isi yang di korek tadi di cincang atau di dadu kecil
Cuci bersih buah betik dan simpan dalam peti ais sebentar. Sementara itu kita sediakan pudingnya
Dalam periuk, satukan air , agar-agar dan gula.
Masak atas dapur api sederhana hingga gula larut.
Dalam bekas lain satukan telur, susu cair, esen vanilla, tepung kastard, dan secubit garam
Aduk rata dengan wisk atau senduk kayu.
Kemudian tapis
Bila agar-agar dah larut, masukkan butter dan kacau hingga butter larut
Tuangkan adunan yang kita tapis tadi ( adunan telur dan kastard) dan kacau rata
Bila dah didih tutup api dan masukkan isi betik yang kita cincang atau dadu tadi
Tuangkan adunan dalam betik yang telah kita belah tadi
Kemudian sejukkan dalam peti ais.

Saturday, 17 October 2015

Creampuff berinti kastad

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga buat creampuff ni dgn jayanya.lepas ni dah tak payah beli-beli dah pandai buat sendiri lagi puas hati.Hati pun suka bila tengok anak makan dengan seleranya.





Tengokla si abang makan dengan penuh semangat.Ni tak sabar-sabar nak makan tu panas-panas lagi.

Terima kasih la akak Salwa Salehan yang share resepi ni.Saya kongsikan ye kat bawah:
Resepi creampuff gebus...(salwa salehan)

100g air
45g marjerin
Masak ngan api yg kuat dan biar menggelegak...masukan 65g tpg gandum...kecilkan api...saya tutup terus apinya.....kacau sebati....
Masukan adunan td ke dlm bekas.......bila dah suam br mskan telur 2 biji gred A. Stu persatu..
Paipkan dlm acuan papercup no.2......
Bakar 200c selama 15mnt...lepas tu trnkan suhu ke 180c selama 15mnt lg....
P/s kepanasan oven tak sama ye....jd kenalilah oven anda...

Untuk inti:

500ml susu full cream ( tak kisah brand apa ) sy sll guna dutch lady
85g gula pasir
40g tpg gandum
30g tpg jagung
1 sd mkn vanila
75g marjerin pelangi*

Masukkn smua bahan dlm kuali KECUALI marjerin
Masak smbil kacau guna whisk smpai adunan jd pekat.kacau tu spy adunan x bketul2. Bila dh pekat.. Masukkn marjerin.kacau sebati..sejukkn..

Masukkn inti cream td dlm plastik piping..gunting hujungnya dan ikat d pangkalnya..

Puff yg kosong td d gunting tepinya... 

Pipe kn inti cream td ke dlm puff yg kosong..penuhkan..
Bila dh siap smua..taburkan dgn dusting sugar ( ada jual d bakery ) atau gula halus... Pun boleh
Cuma bezanya gula halus ni dia hilang..x mcm dusting sugar..dusting sugar ni ia kekal..x hilang... 

Slmt mncuba sahabat2...sy doakn anda berjaya dan kaya raya...

Saturday, 10 October 2015

Kek pandan layer

Alhamdulillah dah lama sebernya hajat hati nak buat kek pandan layer ni.Alang-alang mood rajin datang maka tertunailah hajat hati menyiapkan kek pandan layer ni.Ni pun pertama kali cuba buat alhamdulillah kejadiannya amat berpuas hati sedap gitu.



Ni lah rupanya kek pandan layerku..ok tak?sebenarnya nak buat tiga layer,dah siap potong tiga dah tapi sue tak pandai budjet kastad layer dia maka jadila dua layer ja.

Monday, 20 January 2014

Yuna Jubah A-Shape with Belt

New Arrival_Ready Stock+Limited
Special Price: RM90 FREE POSTAGE sem/ss add RM5

Size: Standard Size & Plus Size
Measurement:
Standard Size: Length: 140cm Bust: 96cm Shoulder: 35cm Sleeve: 60cm Hem: 216cm SleeveHole: 23cm 
Plus Size: Length: 140cm Bust: 100cm Shoulder: 37cm Sleeve: 60cm Hem: 216cm SleeveHole: 24cm
Material : Pearl Chiffon With Full Silk Inner Lining 










Jubah Menawan

Qis Yuna Jubah Menawan


Special Price: RM95.00 free postage sem/ss add RM5

Material: Pearl Chiffon With Full Silk Inner Lining

Size: Free (S-L)
Measurement: Length: 140cm Bust: 100cm Shoulder: 37cm Sleeve: 59cm Hem: 216cm SleeveHole: 24cm











BAJU MUSLIMAH-CHIFFON WITH LYCRA

CODE SRCE0190
ADA 7 WARNA MENAWAN
NAME CHIFFON WITH LYCRA
HARGA RM95 FREE POSTAGE/SS ADD RM5

DESCRIPTION SHOULDER : 16" 
BUST : 38"
WAIST : 40"
ARM LENGTH : 23"
ARM WIDTH : 20"
LENGTH LYCRA : 55"
SIZE FREE SIZE ( FIT UNTIL SIZE 44 / XXL )
FABRIC / MATERIAL CHIFFON +LYCRA









Muna Maxi 1set Cardigan+sleeveless maxi


Design yg sesuai untuk penggemar muslimah fashion kerana cardigan adalah labuh dibelakang dan menepati hukum syarak
》Cardigan dan sleeveless maxi adalah berasingan dan tidak dijahit.. 
》Boleh pakai berasingan dengan maxi/cardigan yg lain
》Material lycra yg sejuk dan lembut 

Muna Maxi 1set Cardigan+sleeveless maxi
Ada 3 warna menawan
Price: RM90 FREE POSTAGE/SS ADD RM5

Size: Free (fit S-XL)
Measurement:
Cardigan: Shoulder:40cm Sleeve:55cm Length:63-87cm Bust:94cm
Sleeveless Maxi: Waist:82cm Length:137cm Bust:94cm

Material: Lycra